Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad dan Selangor Information Technology e-Commerce Council (SITEC) telah melancarkan inisiatif Kempen Selangor E-bazar 11.11 Jualan Mega bersama Lazada & Shopee. Inisiatif ini di adakan bertujuan untuk membantu peniaga-peniaga di Selangor yang terjejas akibat pendemik covid-19 dengan menyediakan platform digital sebagai alternatif kepada peniaga untuk terus menjana pendapatan melalui perniagaan mereka.

Kerajaan Negeri akan memperuntukan Subsidi Baucer bernilai RM2 Juta untuk kempen Selangor E-Bazar 11.11 ini bertujuan menarik lebih ramai pembeli seterusnya meningkatkan jualan peniaga yang menyertai kempen ini.

Kempen ini akan bermula pada 26 Oktober hingga 26 November 2020. Peniaga Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan peniaga mikro perlulah mendaftar di platform LAZADA & SHOPEE untuk menjadi sebagai penjual dalam kempen ini dan syarat utama adalaha alamat perniagaan mestilah di Selangor beserta syarat-syarat lain yang di tetapkan oleh Shopee dan Lazada. 

Pendaftaran dibuka untuk peniaga baru sahaja

Pendaftaran dibuka untuk peniaga baru dan peniaga sedia ada

Kepada peniaga yang layak menyertai kempen ini, kedai anda akan disenaraikan dalam laman mikro Lazada dan Shopee seperti di bawah.