“kuasai dunia perdagangan digital”

Dengan bertemakan “KUASAI DUNIA PERDAGANGAN DIGITAL”, Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat Masyarakat membawakan program Khas pada tahun 2020 ke 5 lokasi yang berlainan di Selangor.

Program ini bertujuan untuk memberi khidmat bantuan dan dorongan kepada syarikat-syarikat tempatan, usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga di lokasi tersebut yang ingin memulakan bisnes e-dagang.

“kuasai dunia perdagangan digital”

Dengan bertemakan “KUASAI DUNIA PERDAGANGAN DIGITAL”, Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor dan Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC) dengan kerjasama daripada Pusat Khidmat Masyarakat membawakan program khas pada tahun 2020 ke 5 lokasi yang berlainan di Selangor.

Program ini bertujuan untuk memberi khidmat bantuan dan dorongan kepada syarikat-syarikat tempatan, usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga di lokasi tersebut yang ingin memulakan bisnes e-dagang.

LOKASI JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020

SIRI – SIRI JELAJAH USAHAWAN DIGITAL YANG DIBUKA UNTUK PENDAFTARAN:

»SIRI 3: AMPANG

  • Penganjur: Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor, SITEC
  • Dengan Kerjasama: Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM), Shopee, Lazada, Boost E-Wallet, Avana, Bungkusit, Youbeli, Hijrah Selangor, SELDEC
  • Tarikh: 19 September 2020 (Sabtu)
  • Masa: 8:00 pagi – 5:00 petang
  • Harga tiket: PERCUMA (Terhad kepada 150 orang sahaja)
  • Lokasi: Auditorium MPAJ, Tingkat 5, Menara MPAJ
  • Alamat: MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA, Menara MPAJ, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah, Selangor 55100 Kuala Lumpur

»SIRI 2: KLANG

  • Penganjur: Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor, SITEC
  • Dengan Kerjasama: Lazada, Shopee, Boost, AVANA, Bungkusit, Hijrah Selangor, Youbeli & Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bandar Baru Klang
  • Tarikh: 22 Ogos 2020 (Sabtu)
  • Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
  • Harga tiket: PERCUMA (Terhad kepada 200 orang sahaja)
  • Lokasi: Klang Executive Club
  • Alamat: Persiaran Bukit Raja 2, Bandar Baru Klang, 41150 Klang, Selangor

»SIRI 1: bangi

  • Penganjur: Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor, SITEC
  • Dengan Kerjasama: Google Malaysia, Shopee, Boost, AVANA, Ninja Van, Hijrah Selangor, Youbeli & Pusat Khidmat Masyarakat Dun Bandar Baru Klang
  • Tarikh: 29 Februari 2020 (Sabtu)
  • Masa: 8:30 pagi – 5:00 petang
  • Harga tiket: PERCUMA (Terhad kepada 100 orang sahaja)
  • Lokasi: Dewan Hotel RHR Kajang
  • Alamat: Wisma MKH, Bandar Kajang, 43000 Kajang, Selangor

AGENDA PROGRAM JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020

Topik 1:

Cara untuk mula menjual di Lazada oleh Lazada Malaysia

Topik 2:

Mulakan perniagaan e-dagang melalui platform media sosial (FB & IG) oleh AVANA

Topik 3:

Cara untuk mula menjual di Youbeli.com oleh Youbeli

Topik 4:

Mendigitasikan Usahawan Agro oleh SELDEC

Topik 5:

Memahami pengunaan e-wallet & pembayaran secara atas talian oleh Boost eWalletT

Topik 6:

Kepentingan servis penghantaran untuk perniagaan masa kini oleh BungkusIT

Topik 7:

Cara untuk mula menjual di Shopee oleh Shopee Malaysia

OBJEKTIF PROGRAM JELAJAH USAHAWAN DIGITAL SELANGOR 2020

  • Mempromosikan e-dagang dan digitalisasi kepada seluruh rakyat yang menetap di Selangor. Terutamanya kepada usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga yang kurang pengetahuan mengenai e-dagang

  • Mendidik usahawan-usahawan setempat berkenaan kepentingan e-dagang dalam perniagaan mereka

  • Memberikan pendedahan tentang kepentingan e-dagang, e-wallet dan digitalisasi kepada masyarakat setempat

  • Mengeratkan hubungan di antara wakil Kerajaan Negeri Selangor, penduduk setempat, usahawan dan pemain industri e-dagang

  • Membuka peluang kepada usahawan-usahawan dan peniaga-peniaga tempatan untuk mengembangkan bisnes

SIAPA YANG PATUT HADIR?

  • Usahawan yang belum menceburi bisnes e-dagang

  • Usahawan mikro, kecil dan sederhana

  • Pengilang dan pembekal

  • Pelajar

  • Komuniti setempat