Bertempat di SDCC (Selangor Digital Creative Centre), i-City Shah Alam, SITEC telah mengadakan kelas e-Dagang Bahasa Melayu buat kali ke-dua, dengan tajuk “ Proses Pengenalan e-Runcit”, dengan kehadiran lebih kurang 60 orang hadirin.

Jurulatih Fatin Fadila, selaku Pengurus Online 100 SITEC, berserta 2 penceramah jemputan turut hadir untuk berkongsi ilmu dalam dunia pemasaran. Topik kali ini merupakan yang berikut: apa itu e-runcit, prosesnya, dan kaitannya dengan e-Dagang.

Tentang E-runcit

E-runcit bermaksud ‘penjualan yang dilakukan secara atas talian’; iaitu, melalui internet, kerana jika produk anda dipamerkan atas talian, seperti di atas media sosial, para pembeli hanya boleh melihat tetapi tidak boleh menyentuh, yang berbeza daripada mempunyai kedai fizikal.

Atas Talian

  • Tidak menanggung liabiliti besar bulanan (seperti sewa dan utiliti)
  • Terdapat sistem yang boleh menguruskan semuanya
  • Dapat berniaga 24 jam sehari
  • Sistem mengawal stok

Kedai Fizikal

  • Menanggung liabiliti besar (seperti sewa, utiliti dan gaji pekerja)
  • Sistem secara manual
  • Stok sukar dikawal
  • 12 jam perniagaan

Anda juga harus tahu di mana anda berada dalam peniagaan dan tahap pengetahuan mengenai barangan anda. Jika anda kurang mahir dalam dunia peniagaan akan tetapi mempunyai pengetahuan yang tinggi anda disarankan menggunakan marketplace.

Fatin Fadila

EC Class Coach, SITEC

Jenis Kedai Online

Terdapat 2 jenis kedai online; yang pertama “open source” dan yang kedua “hosted commerce”. 

Perbezaan antara kedai Open Source dan Hosted Commerce:

Open Source

  • Kos permulaan amat tinggi
  • Sistem boleh disesuaikan ikuti pilihan pemilik
  • Servis teknikal perlu dilaksanakan sendiri
  • Atau memerlukan peniaga pengalaman tinggi dalam IT
  • Merupakan sistem “DIY”
  • Tidak payah bayar bulanan atau tahunan
  • Contoh: Opencart, Magento, PrestaShop, WooCommerce

Hosted E-Commerce

  • Mudah diuruskan
  • Perkhidmatan dan sistem adalah “end-to-end”
  • Merangkumi hampir semua aspek e-Dagang (spt. shopping cart, sendiri kedai nama domain, sokongan teknikal, dll.)
  • Perlu membayar cas servis bulanan atau tahunan
  • Boleh menyelaras inventori antara marketplace berlainan
  • Contoh: webShaper, Sitegiant, Easystore

Lagipun, peniaga-peniaga harus tahu apa yang mereka mahu, seperti:

  • reka bentuk
  • mesra-telefon bimbit
  • mesra-SEO
  • kebolehan menggunakan pelbagai variasi warna
  • gerbang pembayaran
  • integrasi logistik
  • bantuan teknikal

Puan Fatin juga menitikberatkan pencarian bantuan, kerana pemilik kedai e-peruncit boleh juga menghadapi pelbagai masalah.

“Lagi, anda harus bijak memilih pembekal lawan web dan pastikan perkhidmatan pelanggan boleh membantu anda”, jelas beliau.

Mengenai laman web persendirian

Bagi beliau, laman web jenama sendiri merupakan benda penting untuk setiap produk atau servis; selain itu, e-peruncit dapat memilik data pelanggan mereka dengan sepenuhnya.

Sekiranya e-peruncit mempunyai laman web sendiri dan adalah pemilik data tersebut, mereka pun boleh sasarkan “target audience” produk atau servis mereka, dan akhir sekali, dapat mengawal aktiviti promosi sendiri.

Menentukan Fokus

Menurut Puan Fadila, peniaga harus mengenali produk yang ingin dijual, serta pelanggan untuk disasarkan dengan produk tersebut, sama ada mereka pelanggan tempatan atau antarabangsa. Selain itu, nama jenama haruslah ringkas dan berkaitan. Dari segi ejaan pula, ia harus mudah diingati dan bukan berbentuk ejaan “bahasa wechat”.

Seterusnya, peniaga harus bijak dalam mengenalpasti siapakah golongan yang ingin disasarkan. Ini termasuk memilih golongan umur tertentu sebagai pasaran sasaran, serta memahami kesesuaian produk kepada pasaran sasaran yang dipilih.

Di samping itu, peniaga juga disyorkan mengenalpasti media sosial yang kerap digunakan oleh pelanggan sasaran, contoh yang diberikan oleh jurulatih termasuk menggunakan  “google ads, facebook ads, instagram ads, sponsored ads, marketplace dan group purchase”, dengan setiap pilihan tersebut landasan yang bagus untuk digunakan.

Peniaga harus yakin dengan perniagaan mereka kerana “berjaya ataupun tidak itu perkara kedua, sekiranya anda tak berjaya anda mendapat pengalaman.” Ini merupakan kata-kata semangat yang dilontarkan Fatin Fadila.

Kepentingan perkhidmatan pelanggan juga dititikberatkan oleh jurulatih, yang telah memberi nasihat bahawa “pelanggan tetap, dan yang kembali berkali-kali, adalah yang terbaik. Jika ingin mendapatkan pelanggan tetap anda harus menggunakan khidmat pelanggan.” Bak kata peribahasa “Jika tak dipecahkan ruyung, mana akan dapat sagunya”.

iPay88

Penceramah seterusnya Chong Lee Kean dari iPay88 yang berkongsi ilmu mengenai penipuan pembayaran di alam maya. iPay88 asalnya bermula dari mobile88.com untuk menjual topup kerana, ujar beliau, “dahulu, topup susah untuk diperoleh dan memilih untuk berkerjasama dengan pihak bank, kerana bank terdapat sistem online banking. Pada tahun 2000 pula hanya terdapat kad kredit dan ia berisiko tinggi, dan kami ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2006.”

iPay88 bukan sahaja melakukan pembayaran secara berpasangan di Malaysia; mereka juga ada berniaga ke China, Indonesia, Filipina, Vietnam, Australia, Singapura, New Zealand dan juga Thailand.

Bahaya: Penipuan Di Alam Maya

Menurut beliau, sebanyak 55% pengguna di luar sana menggunakan kredit kad, dan sebanyak 45% menggunakan perbankan atas talian. Penipuan secara atas talian sering melibatkan kad kredit, dan ia sebuah isu yang sering berlaku kerana ia melibatkan penggodaman kata laluan peribadi – yang selalunya mudah digodam.

Beliau menekankan lagi sekali bahawa pihak penggodam akan mencari kelemahan, seperti cuba meniru dan membuat laman sesawang palsu (“phishing”) untuk mendapatkan maklumat perbankan peribadi.

Bagaimanapun, para peniaga boleh atasi isu ini dengan menggunakan alamat IP, peranti ID dan mengetahui kaedah apa yang sering digunakan oleh pihak penggodam.

Selain itu, penipuan di atas talian juga boleh terjadi antara pembeli ke pihak pelanggan, pihak penjual ke peniaga, dan melalui orang tengah.

Beliau mengingatkan para hadirin sekali lagi untuk tidak mengambil ringan isu ini.

Isu ini boleh menjejaskan wang ringgit, biarlah dari pihak pembeli, penjual, ataupun orang tengah. Biasanya, mereka yang tahu akan selok-belok skim penipuan ini akan menyediakan umpan dalam pelbagai rupa.

Turut beliau, sebab itu, ia amat penting untuk individu dan bisnes untuk menjaga kata laluan, kad kredit, dan nama pengguna.

PROTIPS KESELAMATAN
Satu langkah untuk melindungi aset alam maya kita ialah untuk menggunakan nombor pin yang susah diteka, menggunakan kombinasi nombor, tanda baca, huruf besar, dan huruf kecil.

Ini merupakan rajah proses bagaimana penggodam mengodam sebahagian dari laman sesawang

Chong Lee Kean juga berkata jika dimana-mana sahaja penggodam mendapat langanan internet secara percuma, dari situ juga ia akan berusaha.

PosMalaysia

Penceramah seterusnya adalah Andy Roy Sian, Penolong Timbalan Presiden Pembangunan Perniagaan e-Dagang dari PosMalaysia.

PosMalaysia bukan sahaja berkhidmat menghantar barang malahan menyediakan kemudahan lain untuk peniaga e-Dagang juga, menurut beliau.

Percaya atau tidak, sebenarnya PosMalaysia sudah berumur 200 tahun! Ditubuhkan pada awal tahun 1800-an, PosMalaysia bermula dengan perkhidmatan pos pertama di Negeri-Negeri Selat di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, dan berkembang ke seluruh Malaya pada awal abad ke-20.

Pada tahun 1992, PosMalaysia diperbadankan, dan kemudian disenaraikan di BSKL (kini Bursa Malaysia).

PosMalaysia juga mempunyai rangkaian yang luas serta memenuhi keperluan menyeluruh PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana) dalam sektor e-Dagang, dan berkerjasama dengan agensi-agensi kerajaan seperti MITI,SMECorp, MIDA serta MDeC, menurut Andy.

 

Antara perkhidmatan e-Dagang PosMalaysia ialah Pembabitan PKS (Perniagaan Kecil dan Sederhana)  dalam e-Dagang melalui ‘SME Enabler’, gudang e-Dagang melalui ‘e-fulfilment services’, e-Dagang merentasi sempadan melalui ‘trade facilitation’, bantuan serta bimbingan e-Dagang melalui ‘e-business centre’ dan akhir sekali liputan meluas seluruh negara.

 

Pada kali ini, PosMalaysia memperkenalkan perkhidmatan terbaru iaitu flexipack dengan mengeluarkan bungkusan pra-bayar yang sangat fleksibel serta bersesuaian untuk proses penghantaran barangan di seluruh negara dengan berlabelkan barcode untuk tujuan tracking.

Perkhidmatan flexiprepaid pula ialah perkhidmatan ekonomi yang sesuai digunakan oleh peniaga e-Dagang untuk penghantaran barangan ke seluruh negara melalui pejabat pos kerana kadarnya lebih rendah berbanding dengan kadar biasa PosLaju. Penghantar juga dapat menggunakan cara pembungkusan tersendiri.

Antara barangan yang dilarang semasa proses penghantaran melalui PosMalaysia:

  • Tumbuhan, seperti pokok
  • Dadah
  • Senjata
  • Organ dalaman manusia
  • Binatang
  • Pornografi
  • Apa-apa yang membahayakan kesihatan dan alam sekitar

Sesi Soal Jawab

Dalam sesi soal jawab, hadirin dibenarkan mengajukan soalan sekiranya terdapat keraguan mengenai maklumat yang disampaikan oleh jurulatih ataupun penceramah.

Soalan pertama yang ditanya berkaitan pelanggan luar negara.

“Perkhidmatan apakah yang sesuai digunakan untuk menghantar barangan ke luar negara?” salah seorang hadirin bertanya kepada Nizam dari PosMalaysia.

Turut Nizam, para peniaga boleh menggunakan perkhidmatan PosMalaysia antarabangsa, sekiranya mereka mempunyai barangan secara atas talian yang ingin dipasarkan kepada pelanggan.

Pihak PosMalaysia akan menyediakan kiriman domestik yang akan dilancarkan pada bulan Jun; selain itu, jika barangan ingin dieksport ke luar negara, bayaran asal penuh (original full payment) akan dilaksanakan pada bulan September. Walau bagaimanapun, turut beliau, PosMalaysia masih lagi dalam perancangan untuk pelancaran perkhidmatan ini.

Soalan kedua mengenai kepercayaan, di mana kadangkala PosMalaysia menjanjikan penghantaran dalam masa 1 hari dan kadangkala pelanggan terpaksa menunggu penghantaran barangan tersebut dalam masa sebulan.

Menurut Nizam, Itu merupakan cabaran bagi pihak PosMalaysia dan mereka sedaya upaya mengatasi masalah sebegini kerana ia merangkumi seluruh perniagaan mereka, dan ini merupakan cabaran kepada para peniaga e-Dagang di luar sana. Kadangkala pelanggan membuat jangkaan yang barang mereka akan sampai tepat pada waktunya, pihak PosMalaysia sedang mencari jalan penyelesaian dan ini berkait rapat dengan perkhidmatan pelanggan kami.

Sesi Perkongsian Pemasaran

IJual.my

Sesi perkongsian pemasaran yang pertama pada kali memperkenalkan IJual.my. IJual ditubuhkan bertujuan membantu golongan usahawan yang baru saja berjinak-jinak dalam e-Dagang, dan terdapat juga usahawan yang bukan dari golongan yang serius tapi hanya melakukan peniagaan secara suka-suka. Ia ditubuhkan pada tahun 2016 dan ijual.my mempunyai misi iaitu mementingkan pelanggan. Serba sedikit mengenai purata penggunaan di Malaysia, 67% populasi di Malaysia adalah online, 80% merupakan pembeli online, dan 47% pernah membeli menggunakan telefon pintar. Tidak ketinggalan juga sistem Ijual boleh memudahkan perniagaan dengan menyediakan gerbang pembayaran, status penghantaran, sistem susulan, sistem katalog, tiada yuran bulanan dan akhir sekali laporan jualan.

GRAB FOR WORK

Perkongsian seterusya dari Grab, yang kini menyediakan perkhidmatan Grab For Work untuk PKS serta syarikat besar. Grab For Work bukan sahaja beroperasi di Malaysia malahan beroperasi di Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga Filipina. Tidak ketinggalan ia menjimatkan masa kerja dengan cara pembayaran yang mudah, dan membolehkan syarikat atau PKS untuk menguruskan tuntutan pengangkutan dari pekerja mereka yang menggunakan Grab.

Comments

comments

We don't want you to miss out.

Be the first to get up-to-date news, updates, promotions, and  even exclusive invites when you subscribe to our FREE newsletter!

SUCCESS! Now sit back, relax and enjoy our site!